Panorama Sekolah

Panorama Sekolah

Sunday, January 24, 2010

PROGRAM MENGACAU BUBUR ASYURA


PERTANDINGAN MEMERAH SANTAN DI ANTARA KAUM LELAKI DAN PEREMPUAN...


TUAN PA & USTAZ AZAMAN MENGELUARKAN KERINGAT MENGACAU BUBUR ASYURA..


CIKGU NIZAM & USTAZ JUGA TURUT SERTA MENGAMBIL BAHAGIAN MENGACAU BUBUR ASYURA..





Tuesday, December 22, 2009

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH


Sekolah Kebangsaan Merting telah bermula pada tahun 1948 di Kampung Seberang Merting. Pada asalnya sekolah ini dibuat dari binaan kayu, buluh dan atap cucuh. Pada tahun 1984, sekolah ini telah berjaya menerima arus pembangunan dan lokasinya telah ditukar ke tempat sekarang. Mengikut catatan yang ada, sekolah ini telah dipimpin oleh 22 orang Guru Besar. Pada tahun 1995, sekolah ini telah dinaiktaraf ke gred A berdasarkan konsep sekolah asrama harian. Sekolah ini terletak kira-kira 56 km dari Bandar Jerantut. Pada awal tahun 1996, jalan berturap tar telah dibina untuk kemudahan sekolah dan juga penduduk kampung. Sekolah ini juga mendapat bekalan air menggunakan sistem “Gravity Feed” oleh Jabatan Kesihatan.

LOKASI SEKOLAH

Keluasan – 13 ekar
Lokasi – 56 km dari Bandar Jerantut
Bangunan – 5 blok
Bilangan kelas – 6 buah
Bangunan asrama – 1 blok
Bilangan guru – 16 orang
Bilangan staf – 8 orang
Bilangan murid – 139 orang
Penghuni Asrama – 55 orang

PELAN SK MERTING


LAGU SEKOLAH


Bertekad berusaha
Menuju kejayaan
Penuhi segalanya
Kehendak wawasan
Berhasrat cemerlang
Tuntutan semuanya
Beramal berilmu
Berakhlak slogannya
SK Merting menjanakan
Jenteranya gedung ilmu
Berlandaskan keikhlasan
Agar didiknya berjaya

VISI, MISI & MOTTO

VISI ~ BERSAMA MEMARTABATKAN SK MERTING TERBILANG

MISI ~ P & P yang efektif
~ Cemerlang kurikulum, ko-kurikulum & sahsiah
~ Sekolah & bilik darjah yang kondusif
~ Semangat juang yang tinggi & kerja berpasukan
~ Sifar buta huruf & salah laku
~ Melengkapkan kemudahan fizikal & prasarana sekolah

MOTTO ~ GURU MENGAJAR MURID BELAJAR

Wednesday, December 16, 2009

SLOGAN


BERAMAL - Murid mengamalkan ilmu yang dipelajari
BERILMU - Murid menjadikan ilmu sebagai panduan hidup
BERAKHLAK - Membina generasi yang berakhlak mulia

LENCANA SEKOLAH



Pokok padi - perpaduan komuniti Kampung Merting
Obor - semangat yang membara
Buku - ilmu diutamakan
Aktiviti sukan - ko-kurikulum diseimbangkan dengan kurikulum

Tuesday, December 15, 2009

BENDERA SEKOLAH



KUNING – melambangkan sekolah ini sentiasa dipayungi oleh institusi beraja
BIRU – melambangkan perpaduan komuniti SK Merting